sdbl.edu.myhttp://sdbl.edu.myhttp://www.7portal.myen<![CDATA[APLIKASI ONLINE]]>http://sdbl.edu.my/index.php?id=1&ACT=5&content=51&mnu=1http://sdbl.edu.my/index.php?rss=1&id=1 ]]><![CDATA[SDBL QR CODE]]>http://sdbl.edu.my/index.php?id=1&ACT=5&content=48&mnu=1http://sdbl.edu.my/index.php?rss=1&id=1 
 
Imbas Kod QR ini dengan
telefon bimbit anda.
]]>
<![CDATA[Album Terkini]]>http://sdbl.edu.my/index.php?id=1&ACT=5&content=46&mnu=1http://sdbl.edu.my/index.php?rss=1&id=1]]><![CDATA[STATISTIK PENGUNJUNG]]>http://sdbl.edu.my/index.php?id=1&ACT=5&content=43&mnu=1http://sdbl.edu.my/index.php?rss=1&id=1
 
]]>
<![CDATA[BERITA BENTARA]]>http://sdbl.edu.my/index.php?id=1&ACT=5&content=9&mnu=1http://sdbl.edu.my/index.php?rss=1&id=1
  
Rabu , 12 Julai- Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah berlangsung hari ini disertai oleh seluruh warga SDBL. Majlis ini bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengah hari. Sambutan kali ini berlangsung mengikut tingkatan. Sementara itu Majlis Hari Raya anjuran Badan Kebajikan Staf berlangsung pada 13 Ogos.Perpaduan di kalangan warga SDBL menjadi agenda utama sambutan kali ini.(Klik untuk Gambar)

SDBL Cemerlang Pertandingan Bahasa Cina Negeri Johor 
   
Sabtu, 8Jul- Pelajar-pelajar SDBL sekali lagi mencatat sejarah apabila memenangi Pertandingan sempena Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri 2017 yang berlangsung di Tangkak, hari ini. Pasukan sekolah muncul Johan dalam pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina( diwakili Song Poh Qun, Ng Che Jia, Jesslyn Teo dan Tiew Yee Shuang). Pelajar Ng Ning Xin pula muncul N.Johan dalam Pertandingan Syarahan Spontan . Tahniah kepada pasukan sekolah yang dapat mengharumkan nama SDBL.

Hari Guru 2017
  
Selasa , 16 Mei - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertemakan Guru : Guru Pembina Negara Bangsa , turut disambut di SMK Dato' Bentara Luar hari ini. Guru-guru SDBL kelihatan begitu ceria hari ini dengan berpakaian berkonsepkan "Kembar Saya". Sambutan bermula dengan penyampaian perutusan-perutusan dan ucapan Guru Penolong Kanan. Majlis diteruskan dengan pertandingan sukaneka serta persembahan para pelajar dan guru-guru. Guru-guru dan staf juga menikmati jamuan khas Hari Guru 2017. Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 24 & Anugerah Kecemerlangan Akademik   
  
Ahad, 03 Apr- Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23 berlangsung hari ini di Dewan Bentara. Majlis dimulakan dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 24.
Pelbagai isu dibincangan para hadirin untuk kemajuan sekolah. Pemilihan AJK baru turut diadakan hari ini. Ybhg Dato' Khairil Annuar Bin Abd Rahman sekali lagi dipilih bagi mengekalkan jawatan YDP untuk satu penggal. Seterusnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik berlangsung, di mana hadiah dan sijil disampaikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun , PT3 , SPM dan STPM 2016. Majlis disempurnakan oleh Yg Bhg, Prof. Dato' Dr. Mazliham Bin Mohd Su'ud, Presiden (CEO) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Tahniah diucapkan kepada semua AJK baru yang dilantik. (klik Untuk Gambar)  

Hari Usahawan Muda 2017
  
Ahad, 9 Apr- Hari Usahawan Muda peringkat sekolah berlangsung hari ini dengan pelbagai aktiviti dan gerai-gerai dibuka. Program bermula dengan gimik perasmian (persembahan pelajar SDBL) diikuti dengan perasmian oleh Tuan Pengetua. Hari keusahawanan juga turut berlangsung di mana ahli-ahli kelab, persatuan dan badan beruniform dan PIBG membuka gerai masing-masing.  Tahniah kepada seluruh warga Bentara yang telah menjayakan program ini. (Klik Untuk Gambar)

SPM 2016
 Khamis, 16 Mac - SMK Dato Bentara Luar mencatat keputusan yang agak memberangsangkan. Keputusan keseluruhan menunjukkan peningkatan. Seramai 8 orang pelajar mencatat keputusan A dalam semua subjek yang diambil. Peningkatan juga berlaku bagi kebanyakkan subjek SPM 2016. Tahniah kepada semua pihak yang berusaha ke arah kecemerlangan SMKDBL.

STPM 2016
   
Selasa, 28 Feb- SMK. Dato' Bentara Luar mencapai PNGK 2.97 dengan 98.89%. kelulusan dlm STPM Modular  tahun 2016 yg diumumkan hari ini. Tahniah kpd Tan Jia Yi yg mendapat  A dalam semua mata pelajaran. Seramai 15 orang mencapai pngk melebihi 3.50. Terima kasih juga kepada usaha murni guru-guru dan semangat jitu pelajar-pelajar SMKDBL. Kami percaya dan yakin kejayaan ini dapat memberi suntikan semangat kepada calon-calon STPM 2017  dan memberi ruang dan cabaran kepada mereka untuk  meningkatkan pencapaian pada masa- masa akan datang. Semoga SDBL terus cemerlang.

Kejohanan Olahraga Tahunan ke- 54

  

Khamis, 23 Feb- Kejohanan Olahraga Tahunan ke 54 telah diadakan hari ini bertempat di padang SMK Tinggi, Batu Pahat. Para pelajar menyertai pelbagai acara balapan mengikut kategori masing-masing.Acara padang telah diadakan sebelum ini di padang SMKDBL. Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dan seluruh warga Bentara yang telah menjayakan KOT kali ini.(Klik untuk gambar) 


Majlis Lantikan Pengawas,Pengawas PSS dan Ketua Tingkatan
 
  
Ahad ,5 Feb- Majlis lantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber berlangsung hari ini di Dataran Wawasan SDBL.Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pengawas agar sentiasa dihargai serta menimbulkan rasa tanggungjawab menjalankan tugas melalui pengiktirafan ini. majlis disempurnakan wakil Ketua Polis Daerah Batu Pahat.  (Klik untuk Gambar)

Sambutan Maulidur Rasul,Tahun Baru Cina dan Ponggal 2017,SDBL
  
Khamis, 26 Jan - Sambutan Maulidur Rasul Muhammad SAW telah diadakan di Dewan Bentara dengan meriahnya. Bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara", majlis dipenuhi dengan zikir, bacaan Yaasin dan ceramah . Turut berlangsung ialah Sambutan Tahun Baru Cina oleh warga SDBL berketurunan Tionghua dan Pesta Ponggal bagi warga SDBL berketurunan India. Tuan Pengetua telah hadir dan merasmikan ke tiga-tiga sambutan pada hari ini. (Klik untuk Gambar) 

Majlis Perpisahan Tn Pengetua dan Guru Penolong Kanan
   
Rabu, 25 Jan-  Majlis perpisahan dua orang pentadbir SMKDBL, Tn Pengetua, En. Jaheni Bin Sidek dan Guru Penolong Kanan, En. Yazid Zawawi berlangsung pagi ini di Dewan Bentara.  Tn Pengetua yang akan berpindah ke SMK Tengku Mahmud Iskandar Parit Saidi, Batu Pahat. En Yazid pula telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK  Sri Rahmat,  Johor Bahru. Kedua-dua mereka telah banyak menabur jasa kepada seluruh warga SMK Dato' Bentara Luar. Kami warga SMKDBL menghargai jasa mereka berdua. (klik untuk gambar)

Majlis Pelancaran Program NILAM 2017
   
Ahad, 22 Jan- Pusat Sumber Sekolah telah menlancarkan Program Nilam dan Jom VLE secara serentak hari ini. Majlis disempurnakan oleh Tn. Pengetua, En. Jaheni Bin Sidek. Program ini bertujuan menyemai tabiat gemar membaca di kalangan warga SDBL disamping memberi pengiktirafan kepada mereka yang layak dalam anugerah Nilam bagi tahun 2016. Program Jom Baca pula akan diadakan setiap hari selama 10 minit sebelum perhimpunan pagi bermula. 

Kejohanan Merentas Desa
  
Khamis, 19 Jan- Kejohanan Merentas Desa berlangsung hari ini. Acara bermula dengan aktiviti Senamrobik diikuti dengan acara merentas desa mengikut kategori. Pelajar SMKDBL menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan bersaing untuk mendapatkan mata untuk pasukan rumah masing-masing.Majlis penyampaian hadiah akan diadakan untuk para pemenang.Tahniah kepada yang berjaya dan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian. (Klik Untuk Gambar)

SDBL VS VICTORIA COUNTRY, AUSTRALIA 
   
KHAMIS, 12 Jan - Pertandingan persahabatan di antara pasukan hoki SDBL dengan Victoria Country, Australia, telah berlangsung hari ini. Pertandingan ini merupakan antara program "Jelajah Malaysia dan Singapura" Kelab tersebut dari Australia. Kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan berakhir dengan SDBL(L) mengatasi Victoria Country. Tahniah buat pasukan sekolah dan terima kasih kepada Pasukan Victoria Country yang sudi melawat SMKDBL. (Klik untuk Gambar)

Bulan Bahasa Melayu - 1 Bangsa 1 Bahasa
  
Ahad, 8 Jan- Pelancaran Bulan Bahasa Melayu berlangsung hari ini dan disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKDBL. Minggu Bahasa Melayu diadakan bertujuan menguji tahap dan keupayaan berbahasa pelajar, mengenalpasti pelajar berpotensi dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik di samping memilih pelajar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang Bulan Bahasa Melayu berlangsung.
 

Hi-Tea Bentara 2016
  
Sabtu, 19 Nov- Majlis Jamuan Hi-Tea Bentara 2016 anjuran Badan Kebajikan Staf, SMKDBL berlangsung hari ini di Hotel Pelican , Batu Pahat. Majlis bermula tepat jam 3.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang. Pelbagai acara diadakan untuk memeriahkan majlis. Majlis dirasmikan Tn.Pengetua En.Jaheni Sidek Para hadirin dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan dan diselang-selikan dengan nyanyian. Turut diadakan, acara cabutan bertuah yang menyediakan hadiah-hadiah lumayan. Syabas dan tahniah BKS 2017. (Klik Untuk Gambar)

 SDBL - Juara Hoki 1MAS Zon Selatan
  
  
Ahad, 23 Okt- Pasukan Hoki L&P B15 SMKDBL mewakili Negeri Johor dalam Kejohanan Hoki 1MAS. Kebitaraan SMKDBL terbukti apabila pasukan SMKDBL mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan dan muncul Juara bagi kedua-dua kategori .Tahniah kepada seluruh kontijen hoki SMKDBL dan terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan.(klik untuk Gambar)

Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Hoki 2015/2016
   
 Ahad, 9 Okt-  Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Hoki bagi tahun 2015 dan 2016 berlangsung di Dataran Wawasan SMKDBL pagi ini. Majlis menyaksikan penyampaian Insentif sebanyak  RM1000 kepada Pasukan Hoki SMKDBL (Bentara Johor) dan RM500 kepada pemain-pemain yang telah mewakili Malaysia ke Kejohanan Hoki B16 Tahun di peringkat antarabangsa.Majlis disempurnakan oleh YB Suhaimi Bin Salleh, ADUN Kukup, merangkap Bendahari Persatuan Hoki Negeri Johor. Wakil Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, En.Hidir Bin Abd Shukor turut hadir memeriahkan majlis. (Klik untuk Gambar)

Hari Sukan Negara

  

Sabtu, 8 Okt - Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah merupakan satu program di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang telah diumumkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak . Program ini dilaksanakan di seluruh sekolah pada 8 Oktober 2016 . Di peringkat SMKDBL, aktiviti Senamrobik bersama seluruh warga SMKDBL telah diadakan. (klik Untuk Gambar) 


 Anugerah Kokurikulum 2016
   
Rabu, 5 Okt - Majlis Anugerah Kecemerlangan telah berlangsung di Dewan Bentara hari ini. Acara tahunan ini bertujuan menghargai sumbangan para pelajar dalam bidang Koko pada peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Sijil-sijil telah disampaikan kepada Ahli aktif Pasukan Beuniform, Persatuan dan Kelab serta mereka yang aktif dalam bidang sukan. Turut disampaikan Sijil Anugerah Khas KoKurikulum bagi tahun 2016.(Klik untuk gambar)

 
Sambutan Bulan Kemerdekaan
  
 Rabu, 17 Ogos-  Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada pagi ini di Dataran Wawasan, SMK Dato' Bentara Luar.  Program yang bertemakan "Sehati Sejiwa" dilancarkan oleh Tuan Pengetua SMKDBL, En. Jaheni Sidek. Selain dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, satu Gimik Bentara Bikers telah diadakan diikuti dengan upacara menaikkan bendera Malaysia turut diadakan. Marilah sama-sama memahami erti sebenar Kemerdekaan dan menghayatinya. (Klik untuk Gambar)
 

Pameran Pendidikan & Kemahiran Kompetensi
  
Selasa, 27 Jul- Program Jelajah pameran pendidikan dan kemahiran, 1 Belia 1 Kemahiran telah berlangsung di Dewan SMK Dato Bentara Luar hari ini. Program ini adalah kerjasama Kem Pendidikan Malasia dan Majlis Belia Malaysia. Sekolah telah berkerjasama dgn majlis belia johor dan majlis belia batu pahat untuk menjayakan program yg sangat bermakna ini. Antara tujuan utama program adalah untuk membantu belia @ lepasan sekolah memilih bidang kemahiran dan teknikal sebagai pilihan kerjaya mereka.Selain itu program ini ingin membantu pelajar yg berpendidikan sederhana n lemah dalam menentukan hala tuju kerjaya mereka. (Klik Untuk Gambar)

 
 SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH
   
 Rabu , 20 Julai- Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah berlangsung hari ini disertai oleh seluruh warga SDBL. Majlis ini bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengah hari. Sambutan kali ini berlangsung mengikut kelas masing-masing. Sementara itu Majlis Hari Raya anjuran Badan Kebajikan Staf berlangsung pada 6 Ogos.Perpaduan di kalangan warga SDBL menjadi agenda utama sambutan kali ini.(Klik untuk Gambar)

SDBL Cemerlang Pertandingan Bahasa Cina Negeri Johor 
  
 

Hari Guru 2016
Isnin, 16 Mei - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertemakan Guru : Guru Pembina Negara Bangsa , turut disambut di SMK Dato' Bentara Luar hari ini. Guru-guru SDBL kelihatan begitu ceria hari ini dengan berpakaian  berkonsepkan "Kesultanan Melaka". Sambutan bermula dengan penyampaian perutusan-perutusan dan ucapan Tuan Pengetua. Majlis diteruskan dengan pertandingan sukaneka serta persembahan para pelajar dan guru-guru. Guru-guru dan staf juga menikmati jamuan khas Hari Guru 2016. Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

 
Karnival Sains & Teknologi
 
 Ahad, 17 Apr - Pelancaran Karnival Sains dan Teknologi SMKDBL berlangsung hari ini dengan bertemakan "Sains dan Teknologi Penggalak Perpaduan Melalui Kokurikulum".Program kali ini bertujuan membuka perspektif yang lebih luas terhadap kepentingan dan peranan bidang Sains dan Teknologi dalam melestarikan kehidupan. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan diadakan sepanjang program yang akan berlangsung selama seminggu ini. (Klik Untuk Gambar)

 
English Literature Day 2016
Rabu, 30 Mac, Program "English Literature Day" berlangsung hari ini di Dewan Bentara. Menurut Penyelaras Program, Cik Fatimah Othman, program ini bertujuan memberi peluang meluahkan bakat pelajar dengan mengaplikasikan apa yang dipelajari mereka melalui matapelajaran Bahasa Inggeris. Program ini juga merupakan penilaian berasaskan sekolah dengan unsur Pembelajaran Abad ke21. Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dan jutaan  terima kasih kepada semua pihak yang terlibat memberi sokongan. ( Klik untuk gambar)

 STPM 2016 - SDBL Catat Kelulusan 100%
Rabu, 2 Mac- SMK. DATO'  BENTARA LUAR berjaya mencapai 100% kelulusan dalam peperiksaan STPM Modular 2015. Tahniah kepada 3 orang pelajar yang berjaya mencapai semua A  dalam semua mata pelajaran. Mereka ialah Kho Li Jia, Lim Mei Yuan dan Fariha Liyana  Zainal. Terima kasih juga kepada usaha murni guru-guru dan semangat jitu pelajar2 SMKDBL. Kami percaya dan yakin kejayaan ini dapat memberi suntikan semangat  kepada calon-calon STPM 2016 dan memberi ruang dan cabaran kepada mereka untuk turut mengekalkan kecemerlangan yang telah dicapai. Semoga SDBL terus cemerlang.

 
 Kunjung Balas -SMP ISLAM TERPADU (Indonesia) ke SMKDBL
  
Isnin, 25 Mei-  Rombongan SMP IT Daru Mukmin telah mengunjung SMK Dato' Bentara Luar hari ini sebagai Program Pengantarabangsaan bersama kedua-dua institusi pendidikan. Rombongan yang tiba jam 10.30 pagi disambut dengan paluan kompang dan diiring ke dewan di mana mereka dipersembahkan dengan pelbagai persembahan 1 Malaysia SDBL. Aktiviti diteruskan dengan jamuan makan tengahari d an lawatan persekitaran sekolah. (klik untuk Gambar)

Pertandingan Kawad Kaki 2015
Rabu, 1 Apr- Pertandingan kawad kaki telah berlangsung hari ini. Semua Unit Beruniform SMKDBL telah mengambil bahagian dan menunjukkan persembahan yang terbaik Berikut keputusan pertandingan kawad kaki 2014 :
KATEGORI
LELAKI PEREMPUAN
JOHAN  KRS  St.John
N.JOHAN  Pengakap Laut  KRS
KE 3  Kadet Polis  Kadet Polis
Tahniah kepada yang berjaya dan syabas kepada semua pelajar yang telah melibatkan diri. (klik Untuk Gambar)
]]>
<![CDATA[TARIKH PENTING]]>http://sdbl.edu.my/index.php?id=1&ACT=5&content=8&mnu=1http://sdbl.edu.my/index.php?rss=1&id=1 
  •     02 Jul   - Dialog Prestasi SPM Pertengahan Tahun
  •     12 Jul   - Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah
  •     13 Jul   - Projek Menjejak Potensi dan Membina Legasi
  •  
 
]]>
<![CDATA[ Maklumat Terkini/ Latest Update]]>http://sdbl.edu.my/index.php?id=1&ACT=5&content=7&mnu=1http://sdbl.edu.my/index.php?rss=1&id=1  ]]><![CDATA[CALENDAR]]>http://sdbl.edu.my/index.php?id=1&ACT=5&content=4&mnu=1http://sdbl.edu.my/index.php?rss=1&id=1
]]>