Guestbook | Site map | Login | RSS
MENU
KURIKULUM
KOKURIKULUM
BLOG GURU
UNIT ICT
Berita Koko
 

Kawad Kaki Peringkat Sekolah
 Rabu, 3 April - Pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah telah berlangsung hari ini. Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berdaya saing melalui aktiviti berkawad. Semua peserta kawad menunjukkan semangat juang yang tinggi dan memberi saingat yang hebat. Tahniah kepada semua Unit Beruniform yang turut serta dalam pertandingan kali ini. Keputusan Pertandingan :
Kategori Lelaki          : Johan - Pengakap Laut, Naib Johan - Kadet Polis dan Ke 3 - KRS
Kategori Perempuan : Johan - St. John           , Naib Johan - Kadet Polis dan Ke 3 - Puteri Islam
Ketua Platun Terbaik : Lelaki           - Muhammad Eizan Fahmi B. Naim (Pengakap Laut)
                                   Perempuan  - Tan Jing Yi (St John)
Johan Keseluruhan  : Pengakap Laut
 

Kejohanan Gimrama Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2013

 

Pada 25/3/ 2013 sehingga 28/3/ 2013 (Isnin sehingga Khamis) yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan Gimrama Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2013 bertempat di Gimnasium 1, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Seramai 3 orang wakil pelajar daripada SMK Dato’ Bentara Luar telah memenangi pingat dalam beberapa acara.Tay Min Min pelajar tingkatan 5 telah memenangi dua pingat gangsa dalam acara 3 Bola 2 Riben dan acara Berpasukan Senior dalam Kategori Peringkat Umur 18 Tahun Ke Bawah (Senior)Lim Xinsyuen pelajar tingkatan 3 telah memenangi dua pingat gangsa dalam acara 10 Belantan dan acara Berpasukan Junior dalam Kategori Peringkat Umur 15 Tahun Ke Bawah (Junior) Michelle Lee Jia Sin pelajar tingkatan 2 telah memenangi dua pingat gangsa dalam acara 10 Belantan dan acara Berpasukan Junior dalam Kategori Peringkat Umur 15 Tahun Ke Bawah (Junior) (Sumber : Cikgu Rosniza)


KEJOHANAN TENPIN BOLING MSSD BATU PAHAT 2013

SDBL cemerlang dalam pertandingan Tenpin Bowling tahun ini yang di adakan di Pacific Bowl Batu Pahat. SDBL muncul Johan keseluruhan dalam dua kategori isitu Lelaki 18 Tahun dan Perempuan 15 tahun. Nur Daniel Hakim Bin Othman mucul Johan Kategori 18 Tahun Lelaki manakala bagi kategori P15, Afiqah Rahmah Binti Mohd Yazid muncul juara. Seramai 6 orang telah dipilih untuk mewakili daerah ke kejohanan peringkat negeri nanti. Tahniah kepada yang berjaya.


Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum

Jumaat, 2 Nov - Majlis Anugerah Kecemerlangan Koko telah berlangsung di dewan Bentara hari ini. Majlis diadakan bagi menghargai pencapaian serta penglibatan aktif pelajar dalam bidang kokurikulum khususnya dalam Unit Uniform, Persatuan dan Kelab Hobi dan Kelab Sukan dan Permainan. Tahniah kepada Mohamad Amirnudin Syafiq Bin Azlan dan Nur Amirza Haziwah Bt Abd. Latif yang terpilih sebagai Tokoh Kokurikulum SDBL 2012. (klik Untuk Gambar)