Guestbook | Site map | Login | RSS
PROFIL SEKOLAH > LOGO SEKOLAH

Lencana dan Lambang (Motto) Sekolah Sekolah Dato’ Bentara Luar daripada tahun 1970 sehingga kini.

 


Lencana yang digunakan pada masa ini mengandungi 3 warna iaitu merah, kuning dan putih. Warna merah melambangkan “keberanian”, kuning melambangkan “kedaulatan Raja berpelembagaan” manakala putih pula melambangkan “sifat jujur dan ikhlas”. Motto sekolah pula adalah“NIR KARSA NIR JAYA” yang berasal daripada perkataan Sanskrit membawa maksud “Tiada Kejayaan Tanpa Berusaha”. Perkataan sebut diilhamkan oleh seorang guru dari Indonesia Drs. Sujadi yang bertugas di sekolah ini dalam tahun 1970an. Lima petak warna merah dan kuning di bahagian atas lencana melambangkan lima orang pahlawan melayu iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Bulatan teknologi yang berwarna merah melambangkan kemajuan teknologi manakala lambang berbentuk kipas yang berwarna kuning melambangkan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perantaraan sekolah ini sama seperti logo yang digunakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sehingga kini. Obor yang menyala membawa maksud semangat juang warga sekolah ini daripada pentadbir, guru dan para pelajarnya yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.
Lencana ini telah dimurnikan lagi ciptaannya oleh En Abd Rahman b Ghani daripada pelbagai kombinasi hasil ciptaan beberapa orang pelajar sekolah ini termasuk En Ali bin Ahmad setelah diadakan pertandingan mencipta lencana sekolah ini. Ia mula diguna pakai pada tahun 1970.