Guestbook | Site map | Login | RSS
Login
  
Forgot password?
MISI, VISI & OBJEKTIF

VISI

 

”Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

 

MISI

 

”Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

 

MATLAMAT

Melahirkan tenaga manusia yang berilmu, berbudi bahasa, berdisiplin, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berteknologi dalam masyarakat bagi memenuhi keperluan negara maju menjelang tahun 2020

OBJEKTIF

·         Meningkatkan kualiti pendidikan dari segi kurikulum dan sahsiah dari semasa ke semasa

·         Meningkatkan semangat cinta akan sekolah dan perasaan kekeluargaan dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan

·         Meningkatkan perhubungan yang akrab dengan masyarakat setempat menerusi permuafakatan

·         Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah ini

 

 

PIAGAM PELANGGAN

Dalam merealisasikan wawasan untuk menjadikan SMK Dato’ Bentara Luar sebagai sebuah sekolah yang unggul dan cemerlang selaras dengan moto sekolah ‘Nir Karsa Nir Jaya’, maka kami dengan sepenuh tekad dan iltizam berjanji akan menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut

·         Mendukung sepenuhnya kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

·         Mendidik pelajar dalam menghasilkan pelbagai bentuk kemahiran tenaga manusia yang produktif dan inovatif ke arah pembangunan negara

 

·         Membimbing pelajar dalam membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sejajar dengan kehendak dan aspirasi negara

 

·          Menggembeling tenaga seluruh warga masyarakat sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan pencapaian dalam bidang kurikulum dan kokurikulum supaya menjadikan sekolah ini antara yang terbaik di daerah Batu Pahat

 

·          Berusaha mewujudkan budaya dan iklim sekolah yang kondusif, sihat, bersih, ceria dan penyayang

 

·         Mempertingkatkan tahap profesionalisme guru dan kakitangan melalui program dan aktiviti yang dirancang bagi memastikan wujudnya pendidikan bermutu

 

·         Mewujudkan perkhidmatan bersih, cekap, amanah, cepat dan betul dalam kalangan kakitangan sokongan dalam usaha melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah

 

·          Sentiasa bersedia dan sanggup bekerjasama menerima pendapat, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.

 

·         Memberi kerjasama padu kepada pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Organisasi Awam dan Swasta

 


Misi, Visi & Objektif Sekolah

 

VISI

SMK Dato’ Bentara Luar unggul penjana generasi terbilang

 

 

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

 

 

MATLAMAT

Melahirkan tenaga manusia yang berilmu, berbudi bahasa, berdisiplin, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berteknologi dalam masyarakat bagi memenuhi keperluan negara maju menjelang tahun 2020

 

 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kualiti pendidikan dari segi kurikulum dan sahsiah dari semasa ke semasa
  • Meningkatkan semangat cinta akan sekolah dan perasaan kekeluargaan dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan
  • Meningkatkan perhubungan yang akrab dengan masyarakat setempat menerusi permuafakatan
  • Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah ini