Guestbook | Site map | Login | RSS
PROFIL SEKOLAH > PIAGAM PELANGGAN
Dalam merealisasikan wawasan untuk menjadikan SMK Dato’ Bentara Luar sebagai sebuah sekolah yang unggul dan cemerlang selaras dengan moto sekolah ‘Nir Karsa Nir Jaya’, maka kami dengan sepenuh tekad dan iltizam berjanji akan menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut:

• Mendukung sepenuhnya kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Mendidik pelajar dalam menghasilkan pelbagai bentuk kemahiran tenaga manusia yang produktif dan inovatif ke arah pembangunan negara

• Membimbing pelajar dalam membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sejajar dengan kehendak dan aspirasi Negara

• Menggembeling tenaga seluruh warga masyarakat sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan pencapaian dalam bidang kurikulum dan kokurikulum supaya menjadikan sekolah ini antara yang terbaik di daerah Batu Pahat

• Berusaha mewujudkan budaya dan iklim sekolah yang kondusif, sihat, bersih, ceria dan penyayang

• Mempertingkatkan tahap profesionalisme guru dan kakitangan melalui program dan aktiviti yang dirancang bagi memastikan wujudnya pendidikan bermutu

• Mewujudkan perkhidmatan bersih, cekap, amanah, cepat dan betul di kalangan kakitangan sokongan dalam usaha melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah

• Sentiasa bersedia dan sanggup bekerjasama menerima pendapat, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum

• Memberi kerjasama padu kepada pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Organisasi Awam dan Swasta