1 Aspirasi 1 Agenda...Sambutan Hari Guru
16 Mei, Khamis - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertemakan Guru Malaysia: 1Aspirasi 1 Agenda turut disambut di SMK Dato' Bentara Luar. Sambutan bermula dangan penyampaian perutusan-perutusan dan ucapan Tuan Pengetua. Majlis diteruskan dengan persembahan para pelajar dan guru-guru. Slot kedua sambutan diteruskan dengan program "Aprisiasi Bentara" bertujuan menghargai sumbangan guru dan staf dalam pelbagai aspek. Guru-guru dan staf juga menikmati jamuan khas Hari Guru 2013. Selamat Hari Guru...
.( Klik Untuk Gambar)
Hoki MSSD Batu Pahat Milik Kita
25 April, Khamis - Pada 22 hingga 25 April 2013 SMKDBL telah menyertai Kejohanan Hoki MSSD Batu Pahat yang telah berlangsung selama 4 hari di Padang Hoki Sintetik SMKDBL. Pasukan sekolah telah menghantar 5 pasukan yang terdiri daripada Pasukan Hoki Lelaki 18 Tahun (A) Pasukan Hoki Lelaki 18 Tahun (B) , Pasukan Hoki Lelaki 14 Tahun, Pasukan Hoki Perempuan 18 Tahun dan Pasukan Hoki Perempuan 14 Tahun. Usaha tangga kejayaan, Pasukan Hoki Lelaki 18 Tahun (A) dan Pasukan Hoki Perempuan 18 Tahun telah menjuarai Kejohanan Hoki MSSD Batu Pahat 2013 bagi kedua-dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Apa yang menariknya perlawanan akhir bagi kategori lelaki ialah pertemuan antara Pasukan Hoki Lelaki 18 Tahun (A) melawan Pasukan Hoki Lelaki 14 Tahun SDBL yang akhirnya terpaksa akur dan secara tidak langsung menduduki kedudukan naib johan. Semoga kejuaraan ini akan berulang lagi pada tahun-tahun seterusnya. Tahniah diucapkan.(Klik Untuk Gambar)
Program Motivasi Insmartive
Ahad, 7 Apr-Program Motivasi anjuran SMKDBL dengan kerjasama Kelab Fasilitator Kolej Kediaman Ungku Aziz, Universiti Malaya telah diadakan di Dewan Bentara bermula 5 hingga 7 April 2013. Semua Pengawas SDBL terlibat dalam program ini yang menumpukan kepada kecerdasan dan mencungkil kreativiti di kalangan mereka. Terima kasih tidak terhingga kepada semua Fasiitator Kelab Fasilitator Kolej Kediaman Ungku Aziz, Universiti Malaya yang dapat menjayakan program ini.
(Klik utnuk Gambar)
Program Pengantarabangsaan SDBL-SMP ISLAM TERPADU (Indonesia)
Sabtu, 6 Apr - Satu Programa Pengantarabangsaan telah diadakan di antara SMKDBL dan SMP Islam Terpadu , Darul Mukmin, Karimun Indonesia. Program ini bertujuan menjalinkan hubungan antara warga SDBL dengan sekolah lain di peringkat antarabangsa. Program susulan dijangka akan diadakan pada 25 dan 26 Mei 2013 yang melibatkan guru-guru, pelajar terpilih dan juga staf sekolah,
Kawad Kaki Peringkat Sekolah
Rabu, 3 April - Pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah telah berlangsung hari ini. Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berdaya saing melalui aktiviti berkawad. Semua peserta kawad menunjukkan semangat juang yang tinggi dan memberi saingat yang hebat. Tahniah kepada semua Unit Beruniform yang turut serta dalam pertandingan kali ini. Keputusan Pertandingan :
Kategori Lelaki : Johan - Pengakap Laut, Naib Johan - Kadet Polis dan Ke 3 - KRS
Kategori Perempuan : Johan - St. John , Naib Johan - Kadet Polis dan Ke 3 - Puteri Islam
Ketua Platun Terbaik : Lelaki - Muhammad Eizan Fahmi B. Naim (Pengakap Laut)
Perempuan - Tan Jing Yi (St John)
Johan Keseluruhan : Pengakap Laut
SPM 2012 - SDBL Terima Anugerah Cemerlang Kategori Sekolah Harian Biasa
Khamis, 21 Mac- SDBL telah diberi anugerah Sekolah Cemerlang SPM 2012 bagi kategori Sekolah Harian Biasa oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Anugerah ini berdasarkan prestasi cemerlang yang dapat dikekalkan oleh warga sekolah. Seramai 15 orang pelajar mendapat A dalam semua matapelajaran yang diambil dengan peratus kelulusan 95.9%. SDBL juga menerima anugerah Pencapain Melepasi GPS Daerah.Tahniah kepada semua yang berjaya dan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak menyumbang untuk memastikan kecemerlangan SDBL.
Saferoads 2013- UTHM
Selasa 19 Mac- Satu Kempen Keselamatan Jalanraya telah dianjurkan oleh UTHM dan Perkasa UTHM dengan kerjasama Kelab Keselamatan Jalanraya SDBL. Pprogram ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan Keselamatan Jalanraya. Program dilaksanakan dalam bentuk ceramah, pameran, tontonan video dan sesi praktikal. Program dimulakan jam 9 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.
SDBL Mencatat Sejarah Kecemerlangan STPM 2012
Isnin, 18 Mac - Keputusan STPM 2012 yang diumumkan hari ini sekali lagi menggambarkan kecemerlangan akademik SMK Dato' Bentara Luar dengan mencatat kelulusan 100%. Seramai 10 orang pelajar mencatat keputusan A (A dan A-)dalam semua matapelajaran yang diambil dan 4 orang daripadanya mendapat A penuh dalam semua matapelajaran yang diambil. Gred purata sekolah (GPS) juga meningkat kepada 2.74. Antara anugerah lain (PPD) yang diterimatermasuklah :
Kategori Peningkatan PNGK Tertinggi dan Gred Purata M/P terbaik bagi matapelajaran Kimia, Biologi dan Matematik T.
Tahniah kepada yang berjaya dan juga kepada semua pihak yang telah bekerjasama mengekalkan kecemerlangan akademik SDBL.
Gotong Royong Perdana
Sabtu, 23 Februari- Aktiviti gotong royong diadakan hari ini oleh seluruh warga SDBL. Aktiviti ini bertujuan menceriakan kawasan sekolah disamping memastikan SMK Dato' Bentara Luar agar sentiasa berada dalam keadaan ceria dan kondusif. Gotong royong kali ini ditumpukan pada kebersihan bilik darjah, bilik-bilik khas dan pengemaskinian papan-papan kenyataan.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Jumaat, 8 Feb - SMK Dato' Bentara Luar telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan tema 'Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Majlis dimulai dengan perarakan pelajar bersama sepanduk ke Dewan Bentara. Majlis diikuti dengan bacaan Yaasin oleh warga sekolah dan persembahan daripada pelajar Asbenta. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua dan ceramah Maulidur Rasul oleh wakil dari Pejabat Agama Daerah Batu Pahat. Sambutan ini diakhiri dengan jamuan makan dalam dulang seperti sambutan sebelum-sebelumnya.
Hari Terbuka 1/2013
Khamis, 7 Feb - Hari Terbuka Pertama bagi tahun 2013 diadakan hari ini. Program ini bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa hadir ke sekolah dan berbincang hal-hal berkaitan pelajaran dan sahsiah anak mereka. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun juga diedarkan hari ini. Syabas dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan prihatin terhadap pelajaran anak mereka.
PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA TINGKATAN
Isnin , 4 Februari 2013 – Majlis watikah perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Tingkatan bagi tahun 2013 telah dijalankan dengan jayanya pada hari ini. Majlis ini telah dijalankan di Dewan Bentara bermula jam 8.00 pagi – 9.30 pagi. Perasmian dilakukan oleh ASP Ismail Bin Said Merah iaitu Pegawai Perhubungan PDRM(SMKDB) .
(Klik untuk Gambar)
Isnin, 14 Januari- Pusat Sumber Sekolah telah menlancarkan Program Nilam dan Jom Membaca secara serentak hari ini. Majlis disempurnakan oleh Tn. Pengetua. Program ini bertujuan menyemai tabiat gemar membaca di kalangan warga SDBL disamping memberi pengiktirafan kepada mereka yang layak. Program Jom Baca pula akan diadakan setiap hari selama 10 minit sebelum perhimpunan pagi bermula.